14.4.10

..Baik Sangat ker ?

Ermm…bila di fikir-fikir balik..nak jadi terbaik susah juga.. perlu lebih berusaha.

Bila kita kearah nak jadi lebih baik pun, ada juga orang yang tak suka. Salah ke untuk menjadi baik? Bukankah kita perlu baik. Ikhlas dan jujur dalam suatu perkara..

Bila di kenang-kenang balik, punya la kita ni terlalu baik, buat apa saja untuk kebaikan bersama, bukan buat benda yang tak baik, buat yang benda baik yang dituntut.

Itupun boleh kata tak baik. Dikaitkan benda-benda yang tak baik pada kita. Tak pernah kita bersubahat untuk menjadi tidak baik. Sebab kita selalu nk jadi terbaik. Baik pun bukan untuk apa, untuk mendapat keredhaanNya juga. Macam orang lain buat baik, tujuannya dan niatnya baik-baik je. Tapi ada gak orang yang nampaknya baik, tapi tak sangka dia bermaca-macam dan buat benda yang tak baik. Punyala kita bersangka baik, bukan apa dia pun dikalangan orang yang baik-baik, macam kita yang selalu berbaik-baik dengan orang lain.

Ada juga orang selalu pesan pada kita, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Buat baik beringat-ingat, sebab kita tak tau hati perut orang yang kita berbuat baik. Ada yang mula berbisik-bisik, muka Nampak jer baik..tapi…hati dia jer yg tau niat baik dia setakat mana. Mungkin juga pada awalnya niat dia dah leok-elok baik bertukar menjadi tidak baik.

Ermm bahaya juga jadi orang baik-baik. Selalu kena beringat , hati-hati dan berwaspada. Kita rasa kita tak pernah buat benda tak baik..tapi ada gak rumors yang mengatakan kita buat benda yang tak baik. Hiash itu yang tak sedap didengar. Kadang-kadang kita dah jadi baik, berubah untuk menjadi lebih baik, hari-hari bermuhasabah diri apa la benda yang tak baik yang perlu ubh jadi lebih baik, tapi masih juga orang kata..eleh masa ni baik la..lepas ni? Ntah-ntah berubah menjadi lagi tak baik pulak.

Apa yang pasti itu hanya kata orang. Kadang-kadang kita perlukan mereka yang baik untuk membetulkan sikap kita yang mungkin tidak menyenangkan hati mereka. Nanti kalu kite tak berubah. Mereka pula jadi tak baik sebab selalu cakap pasal kita.. lagi tak best kan.

Pokok pangkalnya, yang pasti hanya diri kita saja yang tau sejauh mana BAIK nya kita ni, TENANG nya hati kita, RASA yang kita sahaja yang dapat merasainya. Realitinya, ikhlaskan la hati kita untuk berubah menjadi lebih BAIK dan TERBAIK untuk agama, keluarga, bangsa & Negara kita.

InsyaAllah, kalu kita amal perkara yang baik, misti di balas yang baik-baik juga (“,)

No comments:

Post a Comment