20.5.12

Cerita Perodua Saya


Cerita perodua saya. Saya pasti kebanyakkan akan menceritakan tentang kereta perodua sebagai kereta pertama mereka.

Ya begitu juga dengan saya, kereta pertama saya ialah Myvi. Berkat kesabaran saya untuk mendapatkan sebuah kereta selepas 2 tahun bekerja. Alhamdulillah mungkin disebabkan saya berjaya melanjutkan pengajian semula, dan pertolongan pakcik saya, saya berjaya mendapatkan Myvi untuk kemudahan saya bergerak. Gembira tidak terkata. Walaupun hanya Myvi 'Standard' tapi ia cukup bermakna pada saya. Saya gelarkannya 'Myvito' . Pelbagai perkara kami lalui bersama, banyak juga saya korbankan untuk memastikan Myvito dengan saya. Maklumlah masa belajar tiada gaji, hampir kesemua simpanan saya gunakan untuk menyelasaikan segala tentang MyVito ini baik ansuran bulanan dan memastikan ia diservis mengikut masa yang ditetapkan.

Tamat pengajian, saya dipostingkan ke bumi Sarawak. Aduh...lama juga saya tinggalkan. Yalah kos untuk penghantaran ke Sarawak bukan murah. Alhamdulillah, bulan kedua saya di sini, selamat juga Myvito saya. Bangga juga, nombor plat wilayah berlegar-legar ke sana ke sini di bumi borneo.

Dan dengan myvi ini jugalah saya dipertemukan jodoh di sini. Pada mulanya hanya kenalan biasa. Gara-gara dihantui kawasan tempat berkursus merupakan kawasan black area, seorang penyampai (kini suami saya) dengan berbesar hati untuk tolong menjaganya sementara waktu. Alhamdulillah semuanya selamat, siap dibersihkan and dicuci sekali. Servis yang bagus bukan. Biasalah di negeri orang, dan masih tidak arif, pelbagai kerenah Myvito banyak diselesaikan oleh suami saya. Tak sangka pula, dia ramai kenalan di Perodua. Dan buat pengetahuan semua, suami juga meggunakan kereta Perodua. Tetang servis yang diberikan, pihak perodua akan memastikan kereta diservis dengan baik, dan mereka akan follow-up dengan pelanggan mereka sehari selepas kereta diservis untuk memastikan kereta dalam keadaan yang baik.

Dalam diam, dalam ketulusan hati membantu, rupa-rupanya dia cuba memikat hati saya. Perkenalan yang sekejap, dan dalam masa yang terhad, kami disatukan pada bulan Oktober 2011. Kini, kami sedang menunggu kehadiran cahaya mata pertama yang dijangka dilahirkan akhir bulan Julai nanti.

Bulan 5 merupakan bulan yang dipenuhi warna-warni kehidupan. Ada sambutan hari ibu dan juga hari guru. Kata suami saya, " I tidak ada apa nak kasi U, but U anggaplah Cik ZAZA adalah hadiah yang paling besar I kasi U k,". Tertanya-tanya siapa itu Cik ZAZA? Diberikan saya brochure Perodua. Oh.. ALZA rupa-rupanya.. dan sekali lagi kami pilih produk Perodua sebgai pilihan kereta kami. Saya juga sudah mula terbayang untuk letakkan 'Baby's Car Sit' di dalam kereta baru kami. Terima kasih suamiku, terima kasih Perodua. Semoga Perodua sentiasa menceriakan kehidupan masyarakat di luar sana.

1 comment:

  1. dpt email,, dr perodua..

    erima kasih kerana berkongsi pengalaman anda bersama kami.

    Kami di Perodua terus berusaha gigih untuk anda serta sentiasa memberikan
    yang terbaik bagi meningkatkan mutu produk dan khidmat kami. Walaupun
    pelbagai cabaran yang ditempuhi, semangat kami tetap kuat untuk menjadi yang
    terbaik. Meletakkan anda sebagai keutamaan kami adalah objektif utama
    Perodua.

    Sudah jauh perjalanan yang ditempuhi sejak terbinanya kereta pertama kami,
    Perodua Kancil. Ribuan terima kasih kami ucapkan di atas sokongan anda
    selama ini. Terima kasih untuk komen dan cadangan anda dan juga kerana
    percayakan kami.

    Semoga anda dan keluarga diberkati dengan kesihatan yang berpanjangan.

    Yang ikhlas,
    Aminar Rashid Salleh

    ReplyDelete