15.6.12

..Keadaan,,

Keadaan kebelakangan ini memerlukan kekuatan mental, fizikal dan juga kekuatan dalaman.
Mengharungi hari-hari yang mendatang dengan penuh pengharapan.
Memohon siang dan malam dariNya untuk mempercukupkan rezeki sedia ada.
Bukan bermakna tidak mensyukuri apa yang ada, cuma masalah yang dilalui memerlukan sumber kewangan yang mencukupi.

Bulan ini bulan yang sangat kritikal, setiap permasalahan memerlukan wang untuk menyelesaikannya.

Zahirnya nampak tenang dan ceria.
Batinnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Ketabahan menguji diri, memerlukan kesabaran mengharunginya.
Disaat-saat ini makin menyesakkan. Bersyukur padanya diberi kekuatan, memberi peluang untuk terus bernafas di buminya.
Ketika teringinkan memakan sesuatu, tapi keadaan tidak mengizinkan... ada saja yang bersedekah kepada ku, terharu rezeki ibu mengandung.

Hari itu, ada cg disekolah tiba2 menghulurkan "nasi kerabu" untukku. katanya mana tau jika aku mengidam.. Alhamdulillah.. jimat untuk hari itu.

Hari itu, aku teringinkan makan pisang, kubelikan 2 sikat, 1 utk bapa mertuaku.. penjual itu kasi murah kpdku,, Alhamdulillah

Hari ini, sekali lagi aku diberi air kelapa 1 biji, sedekah katanya, orang mengandung tak bley minum yg bercampur.. Alhamdulillah

Semoga Allah memurahkan rezeki dan melindungi kamu semua.

Terharu tidak dapat digambarkan. Bila tengok dalam beg Alhamdulillah, semoga dapat menampung diri ini lagi.
Yang pasti permasalan yang berlaku hari ini ada hikmahnya. Esok dan lusa tidak sekolah, kos pun dikurangkan, Alhamdulillah.

Jaga diri sai, jaga amalan kamu, semoga dipermudahkan segala2nya.


p/s: Semoga Allah mempercukupkan rezeki utk bayi yang ku kandung ini...

No comments:

Post a Comment