12.4.12

Ada apa pada air mata

Assalamualaikum wbt
Semoga kita semua berada dibawah lindungan rahmatNya..InsyaAllah...Amin

Air mata = Eye drops
Ada apa dengannya,, bagaimana ia dengan mudah mengalir dari mata insan2 yang terpilih?
kenapa? adakah sebab ia pedih? sedih? atau sebaliknya ia mengalir sebab insan itu gembira.

Sekadar berkongsi apa yang sedang berlegar2 ddalam kepala saya...

Orang kata, & teori juga ada mengatakan..perempuan yang hamil sangat2 sensitif.. mudah terasa..
mgkin cepat sedih, mungkin juga cepat happy..
tapi itu jika hamil...

saya? ya sedang hamil.. hampir 6 bulan...
tetapi saya rasa sejak saya makin dewasa saya mudah berEMO .. tak kira la.. time terlalu gembira ke... atau keadaan semasa yang membuat saya rasa nak NANGIS..

saya sedar bila saya mula duk jauh dari family.. ye..mula2 posting ke sarawak.. time2 sunyila.. diduga teringat sana sini... huhuhu.. tapi tu masa single... bila dah ada hubby,,, kalu dia Outstation.. ermm lebih dari 3 hari.. dah rasa lain dah... huhuhu..
tengok tu.. huhuhu aja kan..

Air mata..tanpa kita sedari ia mengalir dari mata kita
tanpa kita sedari, kadang2 ia mengalir dengan laju sekali
kenapa? sebab hanya diri kita jer tau..
tau kenapa kita perlu ada rasa sebak & automatically ia mengalir...
tentang aliran nya laju atau perlahan atau hanya membentuk takungan..
semua itu tindakan luar kawal, ya macam kerdipan mata....
sebab tu kita jgn sesekali menidakkan kuasa Allah!

Allah Maha Besar, Allah Maha Mengetahui
Dia tahu segala2nya...
Mengapa keadaan itu berlaku...
Dia tahu apa yang sebelum, semasa dan selepas juga pada masa akan datang
Kita hanya manusia biasa, hambaNya yang sangat kerdil..

Ya Allah Ya Tuhanku,,
aku bermohon padaMu ya Allah,
seandainya keadaan ini yang menyebabkan airmataku mengalir
aku redha ya Allah
semoga air mata ini dapat menghapuskan segalan dosa2 ku yang lepas
kuatkan hati ini ya Allah, tegakan hati ini dalam mengharungi segala ujian
dalam meniti kehidupan hari ini, esok dan akan datang ...
sesungguhnya Engkau lebih mengetahui segala2nya yang tebaik untuk hambaMu ini
Ya Allah
Pandangla ku dengan pandangan rahmat & kasih sayangMu
Kuatkanlah imanku, tabahkan hatiku
& berilah kesabaran pada hatiku..

Terima kasih ya Allah kerana sentiasa mendengar luahan hatiku.
Amin, rabbanal Al'lamin..


..lalu air mata mengalir lagi.....

No comments:

Post a Comment