Sabar itu separuh dari iman
Sabar itu perlukan pengorbanan
Sabar juga menguji keimanan & ketakwaan
Sabar...sabar..sabar...ketabahan juga perlukan SABAR
Ada satu artika yang saya bari baca tadi.. sangat menarik.. tentang SABAR :
Pahala bagi orang-orang yang bersabar menurut Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Sabar itu ada tiga:
1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.
2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.
3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang paling tinggi."
p/s :
1. Semoga ujian yang melanda diri ini dapat menguatkan lagi kesabaran saya untuk mengharunginya.
2. Semoga dengan kesabaran dan pengorbanan saya, Allah masih memandang saya dengan rasa kasih sayang dan mengampuni segala dosa2 saya.
3. Kuatkan diri, cekalkan hati, sabar kunci iman insani (",)
No comments:
Post a Comment