20.5.12

Cerita Perodua Saya


Cerita perodua saya. Saya pasti kebanyakkan akan menceritakan tentang kereta perodua sebagai kereta pertama mereka.

Ya begitu juga dengan saya, kereta pertama saya ialah Myvi. Berkat kesabaran saya untuk mendapatkan sebuah kereta selepas 2 tahun bekerja. Alhamdulillah mungkin disebabkan saya berjaya melanjutkan pengajian semula, dan pertolongan pakcik saya, saya berjaya mendapatkan Myvi untuk kemudahan saya bergerak. Gembira tidak terkata. Walaupun hanya Myvi 'Standard' tapi ia cukup bermakna pada saya. Saya gelarkannya 'Myvito' . Pelbagai perkara kami lalui bersama, banyak juga saya korbankan untuk memastikan Myvito dengan saya. Maklumlah masa belajar tiada gaji, hampir kesemua simpanan saya gunakan untuk menyelasaikan segala tentang MyVito ini baik ansuran bulanan dan memastikan ia diservis mengikut masa yang ditetapkan.

Tamat pengajian, saya dipostingkan ke bumi Sarawak. Aduh...lama juga saya tinggalkan. Yalah kos untuk penghantaran ke Sarawak bukan murah. Alhamdulillah, bulan kedua saya di sini, selamat juga Myvito saya. Bangga juga, nombor plat wilayah berlegar-legar ke sana ke sini di bumi borneo.

Dan dengan myvi ini jugalah saya dipertemukan jodoh di sini. Pada mulanya hanya kenalan biasa. Gara-gara dihantui kawasan tempat berkursus merupakan kawasan black area, seorang penyampai (kini suami saya) dengan berbesar hati untuk tolong menjaganya sementara waktu. Alhamdulillah semuanya selamat, siap dibersihkan and dicuci sekali. Servis yang bagus bukan. Biasalah di negeri orang, dan masih tidak arif, pelbagai kerenah Myvito banyak diselesaikan oleh suami saya. Tak sangka pula, dia ramai kenalan di Perodua. Dan buat pengetahuan semua, suami juga meggunakan kereta Perodua. Tetang servis yang diberikan, pihak perodua akan memastikan kereta diservis dengan baik, dan mereka akan follow-up dengan pelanggan mereka sehari selepas kereta diservis untuk memastikan kereta dalam keadaan yang baik.

Dalam diam, dalam ketulusan hati membantu, rupa-rupanya dia cuba memikat hati saya. Perkenalan yang sekejap, dan dalam masa yang terhad, kami disatukan pada bulan Oktober 2011. Kini, kami sedang menunggu kehadiran cahaya mata pertama yang dijangka dilahirkan akhir bulan Julai nanti.

Bulan 5 merupakan bulan yang dipenuhi warna-warni kehidupan. Ada sambutan hari ibu dan juga hari guru. Kata suami saya, " I tidak ada apa nak kasi U, but U anggaplah Cik ZAZA adalah hadiah yang paling besar I kasi U k,". Tertanya-tanya siapa itu Cik ZAZA? Diberikan saya brochure Perodua. Oh.. ALZA rupa-rupanya.. dan sekali lagi kami pilih produk Perodua sebgai pilihan kereta kami. Saya juga sudah mula terbayang untuk letakkan 'Baby's Car Sit' di dalam kereta baru kami. Terima kasih suamiku, terima kasih Perodua. Semoga Perodua sentiasa menceriakan kehidupan masyarakat di luar sana.

8.5.12

Girl 0r Boy?

Hye everyone..

ahahahah.........
Tarikh : 08.05.2012
Hari : Selasa
Mood : ok (",)

Hari ini, ada Baby's checkup. Hari ini, saya CRK semata2 nak pegi checkup awal, bukan pagi2 pun.. tapi yang pasti jam 1.45pm saya dah register kat klinik SEBISAK.. alhamdulillah, klinik ni ada perubahan sket. hehe sistem baru. siap ada nama2 bilik2 lagi.
Baguslah, ada peningkatan, takdalah ibu2 menunggu terlalu lama kan..

Hasil check up, alhamdulillah, everything ok... dan hari ini, hari scan juga.. so saya perlu berpatah balik ke klinik KS utk jumpa dr...
Sebenarnya.. itulah yang ummi dia excited sangat.. hihi mana la tau.. bley tahu jantina (even walid dia takmo tau) sampai klinik.. wah ramai pulak hari ini... hoho xperla.. tunggu jerla.

Jumpa dr.. dr ckp, ok...
awal2 lagi saya tanya, dr, bley tak u prnt utk i? dr ckp: hohoh x bolehlah... kalu print pun x clear.. (ok saya dh mula rasa frust)
Then dia godek2 scan perut,
Dr : see.. itu yg bulat ni kepala baby...
Saya : owh er ker.. mmg blurr...

.....ini misti 1D nyer, tgk computer pun warna kuning jer..ermmm..

saya : agak2 nampak ker, boy or girl...
Dr : saya rasala.. girl ni... saya rasalah
Saya : ala rasa jer.. u nampak ker? mana i nak tengok?
Dr : i nampak mcm biji tadi..

.....mmg blur image tu.. xtau yg mana satu..

..... = ckp dlm hati

Dr. cakap baby sihat.. dalam 1.1kg skarang ni.. so next scann bila 9 bulan k... owh lama lagi..
thanks dr.. baby sihat pun saya dah syukur sgt2...

Jika diberi rezeki lebih.. pasti saya akan pegi ke tempat yg mempunyai mesin scan yg best sket, 3D pun dh ok.. semata2 nak puaskan hati tgk keadaan baby dalam kandungan. ermm.. xperla.. sabar k saiza... ada hikmah tue,.... baby main nyorok2//

tetang girl or boy, saya tak kisah sgt,, asalkan dia sempurna n sihat kan sayang...
mana2 pasti comel kan...
cuba tgk pic ni.. hihi muka cam mat salleh


comelkan dia..pinky2 wow2





rugged tak?



ok got to go... mau isyak dulu... daa~...


p/s: firasat ummi,, u're boy.. (",)