30.3.11

Sudah tiba masanya?

hari : sabtu
tarikh : 2.4.2011
masa : 9.15
lokasi : perodua samarahan

sudah tiba masaya myvito diservis..sudah sampai masanya aku menyatakan..sudah sampai ketikanya aku berkongsi rasa, sudah waktunya ku membuat keputusan..keputusan? decide? owHhh apa tu?

setiap hari ku berdoa...diberi petunjuk dariNya... setiap hari ku berharap aku diberi kekuatan hati untuk melaluinya..satu persatu...mata ku dilihatkan..setiap hari Allah membuka pintu hatiku... sedikit demi sedikit.. ketenangan yg tak pernah aku rasai...subhanallah..kebesaran dariNya... membuatkan aku sgt2 bersyukur tidak terhingga kepadaNYA..satu..satu..nikmat dilimpahiNya..

Aku sagt2 bersyukur...sgt2 berterima kasih..sgt2 gembira dipertemukan teman yg memahami, menyayangi & menerima seadanya ..(sebenarnya byk sgt nak list..tp tak terlist..biar menjadi rahsia hohohho) ya..teman + sahabat ..smua memberi sokongan..alhamdulillah...

walaupun tempoh perkenalan yang agak singkat...keadaan mebuatkan aku rasa masa berlalu sgt cepat...sgt2..kadang2 rs macam tak lama lg pun ada..." rasa itu telah meresap dlm hati & jiwa ku.."

tinggal sekarang bersemuka dgn mami & baba
wpun dah diberi hint pada mami...mami hy gelaks2 jer... "pk hbs2 along...ingat nak melalui itu hingga hari tua..hingga akhir hayat".....
wpun ada rs gusar...alhamdulillah.aku dpt mengawalnya dgn tenang..setenang2nya...sekali lagi Allah pinjamkan "rasa" itu padaku...ko kene kuat sai...

semoga kami sama2 tabah menghadapinya....semoga Allah memudahkan segalanya2nya... n melembutkan hati mami & baba seterusnya merestuinya...
InsyaAlllah...

Ya Allah... jauhkan kami dari rasa kesedihan dan kesulitan,,,hadiahkan lah kami kebahagian yang kami cari selama ini dan titipkanlah rasa sayang diantara kami,,Amin,,



~ When I look at him,,,my heart whispered...his my mr.rite!..wink3

19.3.11

usah diingat,,usah dikenang,,usah ditangisi

erm,,,xlrt nk mengadap nota2 utk induksi.. mghlgkan rs ngatok dgn tgk fb..lama gak tak check status kwn2...tup2...
wah..kwn2 yg penah melalui kegembiraan bersama2 suatu ms dulu..dah bertunang..dalam diam2...alhamdulillah ..aku tumapg gembira..
jelas lg nyata..ada sedikit perasaan terkilan.. slps menjumpai cinta sejati lgsung mereka mendiamkan diri dari aku.. yeah sometimes i always ques myself,,y they comes & goes..napa time we all 2gether..not ending with the happiest moment? heheh takda JODOH bah,,, ngeh2

wateverla..mencari konklusi.n terus mencari...

ni artikel yg aku bc..bg menenangkan hati...sila baca & renung2kan lalala '@_@'

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Cantik dimata

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.


CHANTEK

18.3.11

!-Kursus Induksi-3 days left,,

Alhamdulillah disenaraikan untuk menghadiri kursus induksi... baru masuk thn kedua dah jd insan terpilih pergi kursus tue. sdgkan ramai lg guru lain yg posting sblm ni blm dipanggil. kesian kan.. mula2 dpt tau pun dah mula rasa seram..pelik pun ada.. tp aku syukur sgt2...diberi peluang camni,.... harap2 berkat doa & usaha aku ni...lulus kursus tue nanti.. yeay cpt sket disahkan jawatan..

tapi.. ms bz2 tgh dpt induksi ni..mcm2 hal berlaku..mmg dugaan arr.. dgn mrdj punya kata2.. dgn mr.proton punya hal.tup2 ada pulak lg... ermm byk pulak yg dtg...semua laki2..adush ya Allah kuatkan hatiku..berilah petunjuk kpdku ya Allah...
mmg suara hatiku berharap..tp msh samar2.. jgn sbb tue aku sendiri taknak beri harapan.. susahkan..

wateverlah.. yg pasti i must b focus n concentrate,,,,uhuhuhu...


p/s: Saiza,,kuatkn hati...

13.3.11

~!!!!?!!!~

hati yg tersentuh..
rasa terharu pun ada..ptg ni lepas bergayut dgn mr dj rs sayu jer hati.. yup..kata2 yg byk tersentuh hati..terharu seh.. kata2 yg xpernah terlintas langsung akan dusuarakannya..kata2 yg membuatkan kita berfikir balik..bermuhasabah diri lg...
lepas tu terus engage ngn is..meluahkan sgl2 kata yg deprolehi td.. mmg kwn pdgr setia.. n isq mula berkata2 sai,, apa yg ko doakan selama ini? apa yg ko minta dari Allah.. xpernah kan kwn2 kita bf2 kita sblm ni ckp hal2 camni.. ko dah nampak dari situ kan.. istikharah sai..wat istikharah..doa byk2.. tak slh kalu mencuba.. cukuplah..xperlu terla menjaga apa org nak kata.. yg ptg hati kita.. jgn dipaksa..jgn pula tak mecuba.. sampai bila lg sai...samapi bila....

bila toing2 kene brainwash camne mau lg haru..sayu jer hati..
tp ntahlah..kdg2 msh confuse.. nila aku ni jenis yg tak nak bg harapan kat sapa2..kwn? yes bley..
more than dat///ermm byk laluan2 sukar yg perlu diharungi...
isq ckp..cuba ko senaraikan apa yg ko nak kt bkl suami ko tu..
pastu tiap2 hari lepas solat doa..sblm tido pun doa...
tp kalu dah mmg gerak hati ko dah kata dia.. ko kene redha.. terima seadanya sai...
yg penting ada dlm senarai ko kan..

senarai? ermm
1) yg boleh menjadi imam solat (tanpa di suruh menvoluntarikan diri)
2) yg boleh membaca doa selepas solat4
3) yg sentiasa berusaha mencukupkan solatnya
4) yg impianya sama dgn saya mencari bekalan utk akhirat juga
5) yg boleh mencoolkan saya dgn takzkirah / mdh2 (cara islamik)
6) yg sedap mata memandang
7) yg tinggi (sbb sy sgt tinggi 168cm)
8) yg blh susah senang bersama saya
9) yg syg family saya
10)yg terima sy seadanya
11) yg blh buat sy bahgia selamanya.
12) ,,,,,,,,

lebih dari 10...

adakah sy tak mghargai apa yg penah hadir dlm hidup saya skrang?

4.3.11

Pagi Jumaat

Jam 5.45am dikejutkan bunyi msg dr shbt baik..bgs juga dia msg..kalu tak sah2 sampai lambat ke sekolah.. ermmm

Msg pertama
> gambar dia, hubby dia..& anak perempuannya..

Msg kedua

> Hai sai, selamat pg jumaat.
ni opinion kita sbg seorg shbt, awak jgn ckp kiter mrh pulak. Kiter ni dah 28thn so awk kene igt kiter takleh ada besfren org lelaki sbb dia akn berkahwin dan of course mana ada seorg isteri suka suami dia ada bestfren seprg wanita. So topik dia, awk kene fikir apa akn ckp ttg psgn kiter. Ini ikhlas, dr apa yg kiter tgk awk ni mcm lebih kpd memikirkan apa org akan ckp ttg psgn awk n terlalu byk kriteria yg awk tetapkan. ssb tu kita dah stop nk kenalkan awk. dgnn saper2 =)

Msg ketiga

>kita rs menyesal dan tak sungguh2 ckp seikhlas hati time F dulu, sbb dr pandagan ikhlas kita ini mmg memedihkan tp tanak jd lagi, so better I ckp skang. Org yg memahami kita, yg boleh buat kita gembira, byk aktiviti bley buat bersama itu penting. kaya ke miskin ke, duit bley dicariada degree or spm ke kalau kita nk dier up sket, kita leh guide dier, yg pntg cr org yg sygkan kita,,,,

Msg keempat

> Kiter mmg tak smbhyang istikharah, tp kiter pun sdg pikir mcm yg awk suruh,: kenapa kita nk jd cg" Ntahlah for me melepaskan F itu mmg sgt2 rugi... dan sbb kiter terlalu menjg hati awk, kiter tipu diri kita dgn awk. I x bg opinion yg btul2 ikhlas time tue.. Tanak awk kecik ati..taknak menyesal so decide nak ckp je jugak wpun awk akan kecik ati or ape ke..Ini terbuka tau. kiter pun x kenal si ZL. tp kalu awk rs khdrn dia membuatkan awk gembira, dia myayangi awk n dpt mlgkapkan hidup awk..teruskan..jgn fikir umur ke mtg ker,,, lg 1 jgn fikir prigi cd timba ke timba cr perigi ke,,org lelaki tak mcm org perempuan,,mrk perahsia..ego dan tak akan cerita kt kwn2 mreka..mreka tak sma mcm kita org perempuan..

Msg ke 5

>lg 1 nk disampaikan di sini , stp lelaki yg berjaya itu ada wanita dibelagkangnya..mgkin awk lebih tua dr dia..dan dia bekerja, sbg dj,,mgkin awk bley suruh dia blaja sumthing dlm dunia penyiaran n bg smgt keje rjn2 n jd mcm engku emran,,i boleh jd mcm erra fazira..hhehehe poyo sket...kdg2 Tuhan mempertemukan 2 manusia itu utk saling melengkapi dan ada sebabnya,, yg terbaik tu drNya, yg buruk dr dr kita sendiri...selamat berkaja..renung2kan...heheh

Msg ke 6

> ada lg sket.. maturity ni tgk life dia jugak sai...bknr umur saja..bila org byk berdikari..., kwn3 ngan org tua..n anak bongsu.. kdg2 dia bley nasihatkan kita....


ermm msg2 muahsabah diri pg2 hari..
ms tu//br la..rs terbuka sket..terbuka apa? urmmm hnya DIA Maha Mengetahui...
triama kasih g...terimakasih ...mmg direnung2kan la...


tiba2..rasa sayu jer.....