29.4.12

hidup ibarat tomyam?

Ada orang cakap...

"Hidup ibarat tomyam
Ada pelbagai rasa
Manis dan masin tidak cukup
Masam dan pedas
Penambah nikmat"

Itu orang kata.. bila difikir2 banyak kali.. ada benarnya.. mungkin realitinya..ada ya ada tidak. ada yang berlaku dan ada mungkin takkan berlaku.

Pagi2 lagi saya dah memulakan entry yang ntahlah.. satu isu atau satu masalah mungkin hanya sekadar perasaan. sekarang baru jam 8.57am.

Ya pagi2 lagi saya rasa haru.. ntah la.. tiba2...
saya tahu terlalu ramai yang sayangkan saya, terlalu ambil berat tentang saya. Semua orang, semua yang berada di sekeliling saya.
Jadi kadang2 pelbagai tindakan saya, aktiviti saya, kehendak saya, semua orang pasti akan cuba menyelami hati saya. saya tak kisah. saya hargai sangat2. saya tak lokek pun nak britau sebab, kenapa, perlu ke saya buat itu semua.

Dulu masa single.. ikut hati sendiri sahaja, hanya pikir tentang ibu dan ayah sendiri. Selalunya buat keputusan sendiri sebab untuk kepentinga sendiri.
Dulu sentiasa di cop " along ni survival" "along ni lone ranger" along ni tue.. along ni ini.. semuanya snediri. kalu balik dr mana2 occasion pun.. bley turun naik bas n lrt sendiri.. tup2 dah samapi dengan cab depan rumah.
Tapi tu dulu,, semuanya sebelum berkahwin. bila dah kawin , dah ada keluarga sendiri, segala decision dah tak bley ikut kepala n hati sendiri, banyak lagi hati yang perlu dinilai n dijaga.. hohoho
So sesiapa yang ingin dan bakal berkahwin " u must ready mentally & physically!!!"

Yang pasti saya tetap saya. walaupun lepas berkahwin ni.. saya dapat rasakan pelbagai ujian menguji pengorbanan seorang isteri dan juga sebagai seorang anak. Ya untuk menjadi anak yang soleh, perlu taat kedua ibubapanya. membantu apa yang diperlukan untuk menyenangkan hidup mereka.

Dan begitu juga sang isteri, once u get married u totally belong to ur husband. perlu mentaati, menghormati, & segalanya2 buat suami. Semata2 untuk mendapat redha suami.. dan mencium syurga. Seperti yang kita maklum, syurga isteri di bawah kaki suami. Syurga suami ? masih di bawah tapak kaki ibunya.

Bila hati ikhlas...segalanya dipermudahkan, hati juga mula terasa redha dengan segala apa yang berlaku. Bila kita akui dgn qada & qadaknya..hati dengna perlahan2 disisipkan dengan rasa tabah dan kuat.
Dan sekarang, alhamdulillah saya rasa ok & kuat..
Tapi ada juga kadang2 bertakung juga air mata.. bukan tidak tahan dengan apa yang dilalui, tapi mencari punca2 mengapa semua ini diuji. KINI saya selalu sangat BEMUHASABAH DIRI.

Walaubagaimanapun, saya tetap sabarla.. sabar & terus bersabar.
Saya masih percaya padaNya tentang balasan orang yang sabar.
Saya masih percaya setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.
Saya juga percaya apa yang diujinya, & kita berjaya melaluinya..
sakit yang dirasai itu dapat mengahpuskan dosa2 yang lalu. Mudah2mudaha. Amin.

Tomyam ada masam ada manis
Alam rumah tangga juga ada air pasang n surutnya
Suami sebagai khalifah dalam rumah tangga
dan isteri sebagai pendokong suami menjaga segala keperluannya

Semoga saya & keluarga saya diberi petunjuk & hidayah dariNya.

& sekarang saya mahu sangat makan chicken chop (sebenarnya dah lama saya simpan hasrat ini semata2 tak mahu menyusahkan suami saya khususnya)


ermm sedapnya kan?

Kat kuching ni susah nak cari chicken chop yg sedap huhu .. ada jer yang xkena... ish tak baik pulak mcm tak bersyukur kan.. xperla.. insyaAllah.. sempat rasanya nk makan. hihihi

p/s: sabar lagi kan..?

28.4.12

..baby..my baby materials & tools!!

Fuh malam ini saya sungguh penat.
Tadi siang ada makan2 di rumah bonda Fadzli. ohoho saya makan soto lagi.. Nyaman (",)
Memandangkan suami saya masih blum balik ( bz di booth berita harian @ wisma bapa msia) bonda siap tapaukan lagi..

& sekarang saya tengah melunjurkan kaki. baru selesai mendeit kertas soalan yang perlu di amend. ohoh..
now.. tiba2 terpikir tentang hal ini.. ermm barang2 baby? fuhh bila do google2 banyak juga yang perlu dibeli..
betullah, memang kene buat simpanan khas untuk baby. itu baru tengok senarai belum harga lagi. Setahu saya, harga nya agak bley tahan sekarang ni. Sabar ya baby.. ummi baru list down the items.. nanti slow2 kiter start shopping k (",)

Ini diantara senarai yang telah di finalize kan... mungkin masih ada yang tertinggal ( KENE RUJUK TEMAN2 YANG BERPENGALAMAN)

ITEM UTK MY BABY

1. Baby cot / cradle
2. Selimut baby (hooded)
3. Comforter set or tilam baby
4. Bantal
5. Clothing
6. Botol susu (Avent/MAM)
7. Bottle sterilizer / warmer
8. Beg barang2 baby
9. Alas tukar lampin
10. Cloth diapers (CD)
11. Disposable diapers (standby aje untuk emergency case)
12. Set toiletries baby
13. Pengetip kuku and baby cotton bud
14. Breast pump (tak tau nak beli brand apa)
15. Baby Car seat
16. Booties and mittens
17. Besen mandi
18. Barut baby
19. Bedung baby
20. Baby oil
21. Tuala mandi
22. Play and learn gadget (ini maybe dpt hadiah kut hihih)

tu baru untuk baby,,, ummi dia?

1. Set bersalin/pantang
2. Batu tungku
3. Barut
4. Nursing bra
5. Nursing pad
6. Nursing ponco
7. Tuala wanita
8. Disposable panties
9. Stokin panjang

ermmm banyak kan.. hohoho

tapi ummi dia skarang ni sibuk nak shopping baju.. sebab dia dah boring dgn baju yg tiap2 minggu rotate yg sama jer,,, hahahah..habislah.. expend lagi..

walaupun bulan ni ada gaji naik .. tapi biasalah,,,ada ja yang lebih penting perlu di settlekan.. so kene btul2 bewarela.. tkut terover spend.. sedangkan harini baru 28hb.. hoho sakit juga nak tunggu lg 4 minggu hok2...
anyway saya tetap bersyukur... wah tak sabar rasanya menanti saat itu..


p/s: hubby fbd..pulang cepat..huhuh

24.4.12

Indahnya sabar

Indahnya sabar.
Sabar itu separuh dari iman
Sabar itu perlukan pengorbanan
Sabar juga menguji keimanan & ketakwaan
Sabar...sabar..sabar...ketabahan juga perlukan SABAR

Ada satu artika yang saya bari baca tadi.. sangat menarik.. tentang SABAR :

Pahala bagi orang-orang yang bersabar menurut Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Sabar itu ada tiga:

1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.

2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang paling tinggi."

p/s :
1.  Semoga ujian yang melanda diri ini dapat menguatkan lagi kesabaran saya untuk mengharunginya.
2. Semoga dengan kesabaran dan pengorbanan saya, Allah masih memandang saya dengan rasa kasih sayang dan mengampuni segala dosa2 saya.
3. Kuatkan diri, cekalkan hati, sabar kunci iman insani (",)

19.4.12

Surat cinta


Assalamualaikum wbt

Buat tatapan suami ku yang sentiasa di hatiku, Mohd Fadzli Bin Daud

Sayangku,,,

Kini hampir 6 bulan kita bersama

Meniti hari-hari yang mendatang

6 bulan juga kita merasai alam rumahtangga

Yang sebelum ini belum pernah kita melaluinya

6 bulan ini juga kita sabar mengharungi segala2nya

Kita diuji dengan pelbagai cabaran dan ujian dari Nya

Yang memerlukan ketenangan & kekuatan hati kita

Sayang,

I sangat sayangkan ku

I tahu dalam kesibukkan U, ada terselit rasa risau tentang I dihati U

Jangan risau sayang, I faham tugas kerja U

Cukupla U tidak lupa pada Allah yang Satu

Mempercukupkan 5 waktu

Kerana waktu itu, U pasti berdoa utk I & anak kita

Syukur pada Nya kerana sudi lagi mendengar luhan hati kita

Sayang,

Teruskan usahamu

Dalam menjalani hari2 mu

I tahu tugasan U sangat berat kali ini

Ikhlaskan lah hati U dalam menyelesaikan tugas2 itu

Kerja adalah suatu ibadah

Rezeki dari usaha yang ikhlas

Sentiasa diberkatiNya..InsyaAllah

Sayangku

Percayalah kasih sayangku masih sama seperti dulu

Sayangku padamu makin hari makin mekar

Pa yang dialui kita di hari2 ini

Biarlah ia sebagai hijab kita

Akan ku usahakan segala2nya utk mu sayang

Doaku & sokongan ku sentiasa denganmu

Jaga diri sayang

Jaga diri utkku..

Peluk cium utkmu

Salam kasih buat sayangku FBD

I LuV U

SSR

17.4.12

..subuh itu...

Alhamdulillah.. pagi ini... Allah bagi peluang sekali lagi kepada hambaNya untuk mendegar alunan azan dari masjid berdekatan...
Di Sarawak ni... azan subuh awal.. jadi.. bila alarm berbunyi cun2 jam 5am, saya sudah kena bangun.. ermm tapi kadang2 jam 5.20am baru sedar.. so nanti misti agak kalut kan...

Pagi ni.. saya rasa lain... saya pun hairan.. sedangkan malam tadi saya tak begitu nyenyak, setiap jam saya terjaga,, rasa sangat panas.. selimut memang takda lagila.. yup panas...
atau mungkin, sebab selalu tejaga tu, DIA telah kasi hint utk saya bangun dan bertahajud.. ( dah lama sungguh saya tak menggagahkan diri buat2 amalan ini, kali terakahir pun dah lupa bila...) teruk juga kan... tapi teruk pun diri saya, orang lain mungkin tak...

Cerita tentang SUBUH..
Solat fardhu 2 rakaat yang diwajibkan bagi umat Islam ..
Bagi saya, waktu subuh nilah... ujian bagi permulaan hari yang berat... sedangkan ia mudah dilakukan dan disegerakan.. tetapi masih liatkan..
Kerana sayang tidur, kerasa sayangkan bantal peluk yang sukar dilepaskan... azan yang berupaya mengejutkan kita berlalu begitu sahaja.. sedangkan.. dalam alunan azan itu ,,dah terang2 Allah ingatkan kita.... ;

الصلاة خير من النوم
Solat itu lebih baik dari tidur.....

Tapi.. di mana kita? dengar sahaja? buat2 tak dengar? atau memang sengaja tak dengar?

Melalui apa yang pernah dilalui saya, apa yang telah di baca saya....
Waktu subuh merupakan waktu permulaan hari pada hari itu,
Ingatlah lagi kata teman saya Khalilalah ( sejak habis belajar di USM,, memang lost contact)

Subuh ni permulaan kehidupan kita pada hari itu.
Sempurnanya Subuh kita,,, InsyaAllah sempurnalah kita pada hari itu.

Bila kita mulakan hari dengan amalam yang baik, hati yang khuyuk dan niat yg murni... pasti semuanya akan berakhir seperti yang diharapkan.

Begitu juga dengan doa.. hari2 kita doa supaya diberi petunjuk dan hidayah dari Nya... dan mintak n mohon macam2 lagi..
tapi kita... nak mensegerakan dan melakukan yang 5 waktu pun susah...
sebab tu kita tak boleh sewenang2nya menyalahkan keadaan bila dilanda musibah.
Ya benar, hati akan mudah terguris, kecewa, sedih n segala2nya yg sewaktu dengannya...
dari asyik berfikir kenapa begitu jadinya...dan menyalahkan orang lainn.. lebih baik kita
BERMUHASABAH DIRI ....

Menilai balik diri sendiri,, setiap yang berlaku itu dah memang telah diaturkan..
janji Allah, takkan menduga hambaNya melebihi kesanggupannya..
So,,,,, fikir habis2....

Dan saya...
selesai mengerjakan subuh pada hari ini,,, hati saya sayu saja...
bila tengok suami yg baru jam 3 melelapkan mata.. penatnya masih belum hilang...
kerja katanya.. I kene siapkan rundown ni...
sygnya saya tak dapat temankan dia berjaga... dipaksanya saya tidur..

and automatically , once i wake up.. my baby wake up too... mgkin dia bermalas2an di dalam sana... "swimming " kata walidnya (".)

Sepanjang perjalanan saya ke serian pagi ini.. lancar sekali... dalam kesayuan itu... tiba2 air mata menitis lagi... bermuhasabah apa yg telah berlaku selama ini... mengkaji apa yang perlu dikaji..

ya,, berusaha menjadi yang terbaik.....



p/s :semoga segalanya akan menjadi baik2 belaka.

12.4.12

Ada apa pada air mata

Assalamualaikum wbt
Semoga kita semua berada dibawah lindungan rahmatNya..InsyaAllah...Amin

Air mata = Eye drops
Ada apa dengannya,, bagaimana ia dengan mudah mengalir dari mata insan2 yang terpilih?
kenapa? adakah sebab ia pedih? sedih? atau sebaliknya ia mengalir sebab insan itu gembira.

Sekadar berkongsi apa yang sedang berlegar2 ddalam kepala saya...

Orang kata, & teori juga ada mengatakan..perempuan yang hamil sangat2 sensitif.. mudah terasa..
mgkin cepat sedih, mungkin juga cepat happy..
tapi itu jika hamil...

saya? ya sedang hamil.. hampir 6 bulan...
tetapi saya rasa sejak saya makin dewasa saya mudah berEMO .. tak kira la.. time terlalu gembira ke... atau keadaan semasa yang membuat saya rasa nak NANGIS..

saya sedar bila saya mula duk jauh dari family.. ye..mula2 posting ke sarawak.. time2 sunyila.. diduga teringat sana sini... huhuhu.. tapi tu masa single... bila dah ada hubby,,, kalu dia Outstation.. ermm lebih dari 3 hari.. dah rasa lain dah... huhuhu..
tengok tu.. huhuhu aja kan..

Air mata..tanpa kita sedari ia mengalir dari mata kita
tanpa kita sedari, kadang2 ia mengalir dengan laju sekali
kenapa? sebab hanya diri kita jer tau..
tau kenapa kita perlu ada rasa sebak & automatically ia mengalir...
tentang aliran nya laju atau perlahan atau hanya membentuk takungan..
semua itu tindakan luar kawal, ya macam kerdipan mata....
sebab tu kita jgn sesekali menidakkan kuasa Allah!

Allah Maha Besar, Allah Maha Mengetahui
Dia tahu segala2nya...
Mengapa keadaan itu berlaku...
Dia tahu apa yang sebelum, semasa dan selepas juga pada masa akan datang
Kita hanya manusia biasa, hambaNya yang sangat kerdil..

Ya Allah Ya Tuhanku,,
aku bermohon padaMu ya Allah,
seandainya keadaan ini yang menyebabkan airmataku mengalir
aku redha ya Allah
semoga air mata ini dapat menghapuskan segalan dosa2 ku yang lepas
kuatkan hati ini ya Allah, tegakan hati ini dalam mengharungi segala ujian
dalam meniti kehidupan hari ini, esok dan akan datang ...
sesungguhnya Engkau lebih mengetahui segala2nya yang tebaik untuk hambaMu ini
Ya Allah
Pandangla ku dengan pandangan rahmat & kasih sayangMu
Kuatkanlah imanku, tabahkan hatiku
& berilah kesabaran pada hatiku..

Terima kasih ya Allah kerana sentiasa mendengar luahan hatiku.
Amin, rabbanal Al'lamin..


..lalu air mata mengalir lagi.....

3.4.12

hari ku..


salam...salam,,,salam ukhuwah...

lepas magrib tadi... macam biasa, ambil masa untuk membaca Al-Quran,.. hari ini surah Ad-Dukhan (",)

" Semoga Allah merahmati dan melindungi anak kami dan kami suami isteri dari malam hari hingga esoknya.."

Membaca ini bagus.. waktu2 sarat mengandung ni.. digalakkan banyak membaca..supaya anak dalam kandungan sentiasa tenana, aman dan damai.. Ada juga surah-surah yang sesuai untuk merangsang kecergasan otaknya .. ( tak semestinya kena minum susu ANMUM)

Selepas baca surah,, ermm masih ada masa lagi sementara menuggu waktu isyak.. ( kat samarahan sekarang ni Isyak awal 8pm).. dah lama tak menambah santapan rohani... tengok tu... buku murabbi cinta pemberian Isniah... masih belum khatam..ish3...

Lalu ku buka, tengok2 bab apa yang masih belum dibaca..
Alhamdulillah,,,bab yang tak baca tu tentang pendidikan anak-anak....
ermmm hihi memang bagus sangat baca.. sebagai persediaan..
bagus buku ni... penulis berkongsi pengalaman dia membesarkan anak-anak dia..
itulah hakikatnya, ibu bapa mahu berikan dan jadikan yang terbaik untuk anak-anak dia...
cuma kita sebagai ibu bapa kene sabar dan peka apa yang berlaku hari-hari terhadap anak kita..

Fuhhh....mudah-mudahan.. anak ku juga menjadi insan yang cemerlang di akhirat dan juga didunia... yang penting akidahnya tidak akan berubah terhadap agamanya..

Sayangku, ummi & walid tak sabar2 nak lihat kamu sayang. Sabar sayang.. masa akan tiba... dengar er apa yang ummi & walid selalu pesan k....
sayang,,sayang,,,sayang,,, (",)








p/s: a lot of things across ,my mind....planning everthing for my dear baby (",)
semoga Allah memberikan yang terbaik utk kita semua!!