11.11.11

Pengawas SPM

hallooooooooooooooooooooooo...
Now, still in school.. waiting for bell ringing hohoho...lamernyer lagi...

Tahun ni, tahun pertama sy dilantik menjadi Pengawas Peperiksaan SPM. Di mana ditempatkan?
hohoh di............... SMK Gedong !

Bermula 14hb Nov, saya perlu menempuh perjalanan yg jauh, kira2 140km = 1.15 jam.. owh,, tempoh perjalanan yg panjang yg sebenarnya.. sy agak kureng.. hoho jauh tue.. sy pernah ke Gedong raya tahun lepas.. 1st time rs jauh.. tp mungkin skang akan rsa dekat hihiih.. tgkla camner.. harap2 semua ok.. yg pastiny.. saya perlu bgn seawal pagi .. hohoh.. sama dgn hubby sy..

Paperpun, sy ttp bersyukur, ad yg masih mahu carpool dgn sy, nanti takderla rasa boring n ngantoks sgt... sekurang2nya ada teman nak bersembang...

....................................................................................................................
Mood pagi ni ok.. sy ok..
Tiba2 jadi tak ok d sek.. sbb? ermmm...
xper x kisah.. sy fhm.. setiap org ada alasan masing2,, ada sebab masing2 kenapa ia bertindak begitu..
tp.. se tak kisah pun.. kisah jugaks hahahah.. tp sy ok... lama2 ok la.. emo di hari jumaat kut..
wateverla.. janji sy dilindungiNya selalu..


So, utk minggu depan, minggu baru buat saya. perlu bersemangat.. n perlu bekalan secukupnya spnjg perjalannan ke Gedong ngeh3....


p/s: thanks to hadek skin pies, kasi tumpang lepaks sat b4 Meeting d Gendong ptg ni (",)

10.11.11

Ikan Pari BakoR @ LEmas!

Hye,, today beriye2 google nak cr resipi yg spesel sket. instead of just bakar mcm biasa,, sbnrny ada cara msk lain... (",)

Google punyer google... dpt jugak pic ni hihihi... agak2 sama tak nnti hasilnya ?




Ikan Pari Lemas!!!!

Bahan A:

1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
- di basuh bersih
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)

Bahan B:

5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula

Bahan C:

10 biji limau kasturi.

Cara memasak:

Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit

~ hihhi resipi yg akan ku ubahsuaikan ...lalalallala


p/s : semoga berjaya cik sai !.. ops... madam ! (",)

3.11.11

~mata yg tak selesa ..huhu,,,

erm... ermm... tiba2 petang smlm sy rasa ada yg berlaku pd mata sy.. rasa skt & berat.. (feel likes a pressure force on it) ermm bila mlm lg la terasa.. tapi mampu bertahan seharian driving ke kuching .. alhamdulillah selamat sampai juga..

tgk ni mata sy.. ada beza tak?






hubby? manamana hubby? bz kerja..byk2 job yg perlu diselesaikan.. sihat ker? dlm masa yg sama dia tetap bertahan dari utk mc.. dia demam, dia selsema teruk n smlm dah mula batuk2..bila suh g klinik, xmo.. kalu sy skt..dipaksa2 g klinik.. but if today he still not cured, i''ll take him to clinic. now, depends on ubt yg dibekalkan oleh sy saja.. harap2 dia tak luper utk mkn lagi.

kesian dia kan... kesian tak kat sy? hahah kwn sy geera dh ckp pagi td.. haiyaks asik sakit sj... kasi kuat sket la. (",)

tapi kesian lagi dekat kawan sy,,,
isteri dia kemalangan.. sgt2 teruk..
semalam,, alhamdulillah dh stabil, dah sedar ...
semoga Allah menguatkan hati mereka berdua. Ini mungkin ujian utk mereka yg masih baru hidup berdua.


...sebab tu,,, sakit tak bley di buat main.. kita tak bely minta2 utk sakit.. bersyukur atas segalanya.. kadang2, sakit ni la yg bley menghapuskan dosa2 kita yg lepas.. Allah kan ada,, kita bley memohon padaNya kan.. (",)


itu cerita sakit...

smlm di rumah makngah, ada perutusan utk 'kak adek' .. 1st time tgk adat sarawak. pihak lelaki menghantar duit utk belanja kawin.. cantik,, duit letak dlm album hohoho.. bgs juga ,, sekurg2nya mempermudahkan urusan sebelah perempuan...
**kak adek "RM,,RM...RM,," hihihi
menu mlm tok ,,, soto version makngah..
hohoh tgh menyedok sup ke dalam mangkuk utk disejukkan (hubby saya mkn panas2 sgt) bunyi... drummm tok2 gedegung... atas syiling.. masa mula2 masih cool sbb sayup2. tapi sy sempat berpaling pada makngah, tgk seseorg dh nyorok blakang makngah..then,, GEDEGUM! haiyaks.. ngn sy2 berlari belakang org itu hahahahaha.. tkt roboh kononnya.. ( sampai skang sy msh trigat2 gelagat org itu haks2...

Apa2 pun.. tahniah buat kak adek.. happy preparation.. semoga selamat semuanya (",)


p/s: bersopan santun lah di rumah org (",)

Gelora JiWa

JOm layan lagu ini (",)

Cinta apakah tandanya
Jika egkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa kedalam jiwa

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja

Gelora di dalam jiwa ku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tanda ku nan membalas cinta mu

Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku
Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja


p/s : thanks to fbd dedicated dis song to me.. hohoo seem always know wat which singer i interested most ..ahaks!

1.11.11

~ sebulan sudah (",)


Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, nikmat yg telah diberikan kepada hambaMu ini. Aku bersyukur kepadaMu setiap ketenangan yang telah Engkau permudahkan kepada kami.. Amin

Hari ini , 1 hb November 2011, sebulan sudah aku bergelar isteri. walaupun sudah 1 bulan, masih lagi yg mengetakan kami pasangan pengantin baru. " selamat pengantin baru, cikgu" ayat2 student : morning, MADAM!.. dalam beberapa bulan, status bertukar.

senyum, tak perlu kata apa2,,, yup juz smile,, & smile always (",)

perkahwinan yg tak dirancang utk jgka masa 1-2 tahun. Benar mmg benar, Allah banyak makbulkan doa saya selama ini.. (bley refer new year wish 2011)

Antaranya :
1) mencari bakal suami bukan bf
2) berkahwin
3) tidak mau bercinta, bakal perlu terus minta izin dr keluarga
4) family setuju, terus nikah
5) majlis kahwin hy dlm 1 hari - simple & meriah
6) ada some 1 yg jaga saya & saya mahu ada some1 yg terima sy seadanya

Alhamdulillah segala dipermudahkan oleh Nya
walaupun terdapat dugaan, ujian & cabaran sepanjang menunggu hari itu... kami melauinya dgn tabah & sabar.

to my beloved hubby,
> thanks for being there..
> wish Allah bless every single our 'doa' (",)
> luv u ever , sayang ..muahs2


~luv & faith : ...ssr...

31.10.11

~Alhamdulillah,,



“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~



entry kali ini dimulakan doa utk pengantin.. pengantin baru yg baru masuk ke alam rumah tangga..
Alhamdulillah sudah sebulan menjadi isteri kepada hubby tersayang, mr FBD.. selama sebulan ini juga, hati sy berada dalam keadaan tenang & tenteram. syukur tak terkira padaNya.

Pelbagai perkara yg kmi lalui bersama sebelum, semasa dan selepas disahkan menjadi suami isteri. terima kasih kepada semua khususnya buat mami, baba, mak & bapak serta keluarga & sahabat handai yg tidak berhenti berdoa & merestui pernikahan ini.

Perjalanan hidup sebagai seorang ister, yg sentiasa berusaha memenangi hati suaminya, menyediakan keperluan & melunaskan tanggujawab sebagai isteri. Alhamdulillah, harap saya sentiasa disenangi di mata hubby saya (",)

Sejak termeterainya janjinya pada 1 okt 2011 yg lalu, bermula episod baru dalam kehidupan kami. Pelbagai perkara yg saya lalui yg tidak pernah terlintas difikiran ini.. segala2nya perkara baru, yg saya mengakui, masih baru dan bertatih dalam meneruskan hari2 yg mendatang.

Antara yg sy rasakan ia menarik :

1) pagi2 dah bangun, masak air & buatkan sarapan sbg bekal ( hubby saya suke mkn sandwich hihih)
2) kemudian selepas solat mula kalut2 bersiap ke sekolah. memandangkan perjalanan saya hampir 40 minit, sy juga perlukan bekal sbg peneman spnjg perjalanan hohho yg penting ada kopio panas hohohoho
3) saya perlu siapkan semu kerja2 sekolah di SEKOLAH, berusaha tdk mau bawa kerja balik. sbb saya yakin saya takkan buat malah melihat apa2 tentang hwork dr sek..
4) balik sekolah, terus pegi pasar beli brg utk masak (depends wat his req hok2)
5) balik rumah, mandi solat, n mula kan operasi.. seperti memasak sambil basuh baju hahaha kdg2 rs geli hati dlm kekalutan kene buat kerja 2-3 dlm satu2 masa..
6) awal2 lg dah gosok baju supaya tak terkelam kabut esok pagi ( bukan apa, sejak dok jauh dr sek, lebih dr 3 kali terbabas bgs hohoho - tp stil sempat sampai sek b4 7am (",) )
7) lalalala byk lg,,, tak termasuk aktivit waktu week end..

Overall br saya tau kenapa khdpn lepas kawin lebih manis. kita belajar jadi isteri & anak yg terbaik utk keluarga.. everthing nak cuba buat.. bila2 lagi part memasak ~ sanggup goggle cr resipi hua2~ & saya mula rasakan masa saya sgt2 pack! i have to manage my time well. hohoh..


~semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami..amin...

~ luv & faith ...ssr..

14.9.11

~memaafkan itu boleh,, utk lupa?..........

16 days left,,
tidak lama lagi...
bila org ty br rs berdebar2,,,rs nak gugur jantung pun ada...
mcm2 dh dlm fikiran ni..mgkin apa yg dirasa sekarang sama dengan org2 yg melaluinya sblm ini..
urmm...
apa er... er..dugaan...er mcm2...uwhh luluh2 bila baca text itu... pdhal benda tu dah berlaku hampir 2 minggu...
owh lupakan2..wpun dh maaf kan... kdg2 still lg terbayang2.... ada benda lg yg x clarify...
bila jd camni...sestrong2 aku pun ,, hati kali ni tetap terasa...
slalunya aku ignore jer.. but dis bad feeling still stressing me.. owh.. istigfar sai! istigfar!

kawan? sahabat? teman?
apa bezanya?
kawan se-makan? kwn serumah? kawan teman tido?urmm itu kwn biasa or kwn rapat?
biarkan..bg aku niat aku bersahabat dgn org krn Allah.. bersahabat utk mendapat pahala, berteman utk mendapat keredhaan Allah..

Sabar sai!,,,SABAR! ya.. sabar itu kunci keimanan.....

bila perkara2 yg berlaku dlm sekelip mata... berlaku...yer fenomena? bukan!...Masalah? Mungkin!.. or ia merupakan konspirasi? (kalau sestgh org dah pk negatif dah ni + sai org dah buat ko mcm2 ko msh bertahan?)
mmg benar setiap yg berlaku tu ada sebabnya..
bila berlaku perpindahan atau peghijarahan dr 1 rumah ke rumah yg lain.. dah tertulis sbbnya..
berlaku di luar jangkaan dan juga kawalan kita kan...

~~POSITIVE kan aku?~

itu aku....
tp... napa kali ini aku still ada " bad feelings: tu.. huhu tak suke2 xsuke2!!!

tp still cool & relax... berhadapan dgn semua org
hohoho " sai juz b profesional, k.. " my heart whispered ..hohoho

syukur sgt2,, ada isq, ada geera, ada tuah...ada ja...kata2 mereka menguatkan hati aku..

phm2 jerla... bila dh berlaku mcm ni... it will involved many things
1) trust
2) loyal
3) friendship

urmmm...

p/s: pelik tp benar..

bak kata geera,,,
"Allah takkan uji kita melebihi kesanggupan kita yg nak melaluinya.... "
Setiap org akan diuji,, mgkin sblm, atau selepas kahwin.. yg pasti hanya DIA jer yg tau kan...

11.7.11

adakah ia suatu masalah atau dugaan?

treng..dapat mesg dr che su.. sekali lg msg pd hari isnin yg [ada mulanya mood ok... msg yg sgt2 panjang...
dulu dapat msg ms balik confront dgn family.. now msg before rombongan dtg pula.. urmm..
is it im rushing to get married?
is it im make my mums hurt feeling?
anak durhaka kah aku?

bila org mula memberi pandangan..aku terima.. aku kaji balik
kalu org salah faham? salah menenterpratasikan apa yang aku cuba terangkan?

susah juga bila tiba2 ada rs nak kawin..
bila sudah rs
mau berkeluarga...
dugaan? cabaran atau sebenarnya ia membawa masalah yg besar kpd keluarga?

perlukah aku soalkan kenapa?
sedangkan jika aku menyoalkan kenapa..bukankah aku juga menyoalkan balik ujian drNya..
Ya Allah ,ampunilah segala dosa2ku...
Ya Allah..byk sungguh aku lalai segala perintahmu...
YA Allah jgn la jadikan aku sbg anak yg mendukakan kedua ibu bapaku Ya Allah
berilah petunjuk dan cahaya rahmat mu..
Kuatkan la jodoh ku dgn nya Ya Allah..
Seandainya kehendakmu lain dr kehendakku...aku redha dgn ketentuanmu...

ms yg gap 30 jam.. aku telefon mami.. bila dgr suara mami nangis.. aku trt mgalirkan air mata.. aku ty..sapa yg buat mami nangis.. along jauh mami.. bkn kt sebelah mami.. britau along.. or along yg melukakan hati mami? sgt2 sedih2 kan...
aku terangkan sgla2nya..tak terlintas di hati ini membelangkankan mami n baba.
apa yg akuterengkan kepada matok...
ttg tarikh yg akan diusulkan. kalu family kita ok.. akan diteruskan..
mana ada wat preparation tempah2 dewan2 sana sini.. brg..
we juz go n survey..
er ada beli telekung.. ttg brg hantaran tu..dh ada duit lebey sket...tak slh beli dulu kan.,.
urmmm...hati...hati...sabar...sabar...


p/s: dugaan yg sgt2 besar mula melaui hidupku.. sebelum aku melangkah ke alam baru...

7.4.11

dugaan

Dugaan..adakah ia dinamakan dugaan..
br sekejap td telefon mami...mula2 sekadar mahu bertanya ttg resepi bonda..
tiba2 mami menyentuh ttg aku & dia..
along dah pk hbs2? ingat along...usia..usia yg sgt jauh...mami tak nak along rs sakit..mgkin sekarang org ckp cinta itu buta...but at the age of 40? msh nk ckp camtu....urmm baba pun ckp..kenal dulu...kenal lama sket..jgn nak kejar sgt aim umur nk kawin...kawin ni bukan perkara main2...ambillah ms setahun pun...but kenal dulu...ni br berapa bulan...tup2..dh ada kabar2 nak kawin...
kan,,benar jgkaan aku...dlm diam mami akan berkata mcm tu..terluah juga...faktor usia menjd ukuran...urmm mcm mana ni...yaAllah berilah ku kekuatan....
bila jd camni,,,,perlukah aku bercerita dgnnya..perlukah dia mengetahui...aku risau..aku takut..aku gusar...tp aku kene kuatkan...
aku kenal di hanya sbg org biasa2...tidak sekali aku minta lebih dr itu..
tp..lama kelamaan...pintu ku terbuka menerimanya..

segala rasa..segala sayang...segala2nya dia membuktikan kesungguhannya...
aku bersyukur sgt2 Allah menemukannya padaku...tapi......

Ya Allah...aku masih memohon padamu...
kuatkanlah hatiku...kuatkan lah imanku..
tenangkanlah hatiku ya Allah...
berilah aku kekuatan dalam menempuh dugaan ini yaAllah
lebutkanlah kedua2 hati org tuaku...
sesungguhnya aku berserah kepadaMu..aku redha di atas ketentuanMU..
sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa isi hatiku...
segala yg ku lakukan utk mendapatkan keberkatan dan keredhaan drmu...
amin..

30.3.11

Sudah tiba masanya?

hari : sabtu
tarikh : 2.4.2011
masa : 9.15
lokasi : perodua samarahan

sudah tiba masaya myvito diservis..sudah sampai masanya aku menyatakan..sudah sampai ketikanya aku berkongsi rasa, sudah waktunya ku membuat keputusan..keputusan? decide? owHhh apa tu?

setiap hari ku berdoa...diberi petunjuk dariNya... setiap hari ku berharap aku diberi kekuatan hati untuk melaluinya..satu persatu...mata ku dilihatkan..setiap hari Allah membuka pintu hatiku... sedikit demi sedikit.. ketenangan yg tak pernah aku rasai...subhanallah..kebesaran dariNya... membuatkan aku sgt2 bersyukur tidak terhingga kepadaNYA..satu..satu..nikmat dilimpahiNya..

Aku sagt2 bersyukur...sgt2 berterima kasih..sgt2 gembira dipertemukan teman yg memahami, menyayangi & menerima seadanya ..(sebenarnya byk sgt nak list..tp tak terlist..biar menjadi rahsia hohohho) ya..teman + sahabat ..smua memberi sokongan..alhamdulillah...

walaupun tempoh perkenalan yang agak singkat...keadaan mebuatkan aku rasa masa berlalu sgt cepat...sgt2..kadang2 rs macam tak lama lg pun ada..." rasa itu telah meresap dlm hati & jiwa ku.."

tinggal sekarang bersemuka dgn mami & baba
wpun dah diberi hint pada mami...mami hy gelaks2 jer... "pk hbs2 along...ingat nak melalui itu hingga hari tua..hingga akhir hayat".....
wpun ada rs gusar...alhamdulillah.aku dpt mengawalnya dgn tenang..setenang2nya...sekali lagi Allah pinjamkan "rasa" itu padaku...ko kene kuat sai...

semoga kami sama2 tabah menghadapinya....semoga Allah memudahkan segalanya2nya... n melembutkan hati mami & baba seterusnya merestuinya...
InsyaAlllah...

Ya Allah... jauhkan kami dari rasa kesedihan dan kesulitan,,,hadiahkan lah kami kebahagian yang kami cari selama ini dan titipkanlah rasa sayang diantara kami,,Amin,,



~ When I look at him,,,my heart whispered...his my mr.rite!..wink3

19.3.11

usah diingat,,usah dikenang,,usah ditangisi

erm,,,xlrt nk mengadap nota2 utk induksi.. mghlgkan rs ngatok dgn tgk fb..lama gak tak check status kwn2...tup2...
wah..kwn2 yg penah melalui kegembiraan bersama2 suatu ms dulu..dah bertunang..dalam diam2...alhamdulillah ..aku tumapg gembira..
jelas lg nyata..ada sedikit perasaan terkilan.. slps menjumpai cinta sejati lgsung mereka mendiamkan diri dari aku.. yeah sometimes i always ques myself,,y they comes & goes..napa time we all 2gether..not ending with the happiest moment? heheh takda JODOH bah,,, ngeh2

wateverla..mencari konklusi.n terus mencari...

ni artikel yg aku bc..bg menenangkan hati...sila baca & renung2kan lalala '@_@'

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Cantik dimata

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.


CHANTEK

18.3.11

!-Kursus Induksi-3 days left,,

Alhamdulillah disenaraikan untuk menghadiri kursus induksi... baru masuk thn kedua dah jd insan terpilih pergi kursus tue. sdgkan ramai lg guru lain yg posting sblm ni blm dipanggil. kesian kan.. mula2 dpt tau pun dah mula rasa seram..pelik pun ada.. tp aku syukur sgt2...diberi peluang camni,.... harap2 berkat doa & usaha aku ni...lulus kursus tue nanti.. yeay cpt sket disahkan jawatan..

tapi.. ms bz2 tgh dpt induksi ni..mcm2 hal berlaku..mmg dugaan arr.. dgn mrdj punya kata2.. dgn mr.proton punya hal.tup2 ada pulak lg... ermm byk pulak yg dtg...semua laki2..adush ya Allah kuatkan hatiku..berilah petunjuk kpdku ya Allah...
mmg suara hatiku berharap..tp msh samar2.. jgn sbb tue aku sendiri taknak beri harapan.. susahkan..

wateverlah.. yg pasti i must b focus n concentrate,,,,uhuhuhu...


p/s: Saiza,,kuatkn hati...

13.3.11

~!!!!?!!!~

hati yg tersentuh..
rasa terharu pun ada..ptg ni lepas bergayut dgn mr dj rs sayu jer hati.. yup..kata2 yg byk tersentuh hati..terharu seh.. kata2 yg xpernah terlintas langsung akan dusuarakannya..kata2 yg membuatkan kita berfikir balik..bermuhasabah diri lg...
lepas tu terus engage ngn is..meluahkan sgl2 kata yg deprolehi td.. mmg kwn pdgr setia.. n isq mula berkata2 sai,, apa yg ko doakan selama ini? apa yg ko minta dari Allah.. xpernah kan kwn2 kita bf2 kita sblm ni ckp hal2 camni.. ko dah nampak dari situ kan.. istikharah sai..wat istikharah..doa byk2.. tak slh kalu mencuba.. cukuplah..xperlu terla menjaga apa org nak kata.. yg ptg hati kita.. jgn dipaksa..jgn pula tak mecuba.. sampai bila lg sai...samapi bila....

bila toing2 kene brainwash camne mau lg haru..sayu jer hati..
tp ntahlah..kdg2 msh confuse.. nila aku ni jenis yg tak nak bg harapan kat sapa2..kwn? yes bley..
more than dat///ermm byk laluan2 sukar yg perlu diharungi...
isq ckp..cuba ko senaraikan apa yg ko nak kt bkl suami ko tu..
pastu tiap2 hari lepas solat doa..sblm tido pun doa...
tp kalu dah mmg gerak hati ko dah kata dia.. ko kene redha.. terima seadanya sai...
yg penting ada dlm senarai ko kan..

senarai? ermm
1) yg boleh menjadi imam solat (tanpa di suruh menvoluntarikan diri)
2) yg boleh membaca doa selepas solat4
3) yg sentiasa berusaha mencukupkan solatnya
4) yg impianya sama dgn saya mencari bekalan utk akhirat juga
5) yg boleh mencoolkan saya dgn takzkirah / mdh2 (cara islamik)
6) yg sedap mata memandang
7) yg tinggi (sbb sy sgt tinggi 168cm)
8) yg blh susah senang bersama saya
9) yg syg family saya
10)yg terima sy seadanya
11) yg blh buat sy bahgia selamanya.
12) ,,,,,,,,

lebih dari 10...

adakah sy tak mghargai apa yg penah hadir dlm hidup saya skrang?

4.3.11

Pagi Jumaat

Jam 5.45am dikejutkan bunyi msg dr shbt baik..bgs juga dia msg..kalu tak sah2 sampai lambat ke sekolah.. ermmm

Msg pertama
> gambar dia, hubby dia..& anak perempuannya..

Msg kedua

> Hai sai, selamat pg jumaat.
ni opinion kita sbg seorg shbt, awak jgn ckp kiter mrh pulak. Kiter ni dah 28thn so awk kene igt kiter takleh ada besfren org lelaki sbb dia akn berkahwin dan of course mana ada seorg isteri suka suami dia ada bestfren seprg wanita. So topik dia, awk kene fikir apa akn ckp ttg psgn kiter. Ini ikhlas, dr apa yg kiter tgk awk ni mcm lebih kpd memikirkan apa org akan ckp ttg psgn awk n terlalu byk kriteria yg awk tetapkan. ssb tu kita dah stop nk kenalkan awk. dgnn saper2 =)

Msg ketiga

>kita rs menyesal dan tak sungguh2 ckp seikhlas hati time F dulu, sbb dr pandagan ikhlas kita ini mmg memedihkan tp tanak jd lagi, so better I ckp skang. Org yg memahami kita, yg boleh buat kita gembira, byk aktiviti bley buat bersama itu penting. kaya ke miskin ke, duit bley dicariada degree or spm ke kalau kita nk dier up sket, kita leh guide dier, yg pntg cr org yg sygkan kita,,,,

Msg keempat

> Kiter mmg tak smbhyang istikharah, tp kiter pun sdg pikir mcm yg awk suruh,: kenapa kita nk jd cg" Ntahlah for me melepaskan F itu mmg sgt2 rugi... dan sbb kiter terlalu menjg hati awk, kiter tipu diri kita dgn awk. I x bg opinion yg btul2 ikhlas time tue.. Tanak awk kecik ati..taknak menyesal so decide nak ckp je jugak wpun awk akan kecik ati or ape ke..Ini terbuka tau. kiter pun x kenal si ZL. tp kalu awk rs khdrn dia membuatkan awk gembira, dia myayangi awk n dpt mlgkapkan hidup awk..teruskan..jgn fikir umur ke mtg ker,,, lg 1 jgn fikir prigi cd timba ke timba cr perigi ke,,org lelaki tak mcm org perempuan,,mrk perahsia..ego dan tak akan cerita kt kwn2 mreka..mreka tak sma mcm kita org perempuan..

Msg ke 5

>lg 1 nk disampaikan di sini , stp lelaki yg berjaya itu ada wanita dibelagkangnya..mgkin awk lebih tua dr dia..dan dia bekerja, sbg dj,,mgkin awk bley suruh dia blaja sumthing dlm dunia penyiaran n bg smgt keje rjn2 n jd mcm engku emran,,i boleh jd mcm erra fazira..hhehehe poyo sket...kdg2 Tuhan mempertemukan 2 manusia itu utk saling melengkapi dan ada sebabnya,, yg terbaik tu drNya, yg buruk dr dr kita sendiri...selamat berkaja..renung2kan...heheh

Msg ke 6

> ada lg sket.. maturity ni tgk life dia jugak sai...bknr umur saja..bila org byk berdikari..., kwn3 ngan org tua..n anak bongsu.. kdg2 dia bley nasihatkan kita....


ermm msg2 muahsabah diri pg2 hari..
ms tu//br la..rs terbuka sket..terbuka apa? urmmm hnya DIA Maha Mengetahui...
triama kasih g...terimakasih ...mmg direnung2kan la...


tiba2..rasa sayu jer.....

21.2.11

My PAssIOn...



Cupcakes, thats my style
Chocolate cake, good for awhile
Cupcakes, it tastes so yummy
Cupcakes, Cupcakes
OMG, My tummy aches



18.2.11

hati2..

urmm 2-3 minggu ni mcm serba tak kena.. tp cuba mgena2kan..sabar..sabar.. yg gembira berjaya tidak mkn NASI utk 1 minggu ngeh2 konon nk dietla..actually nk fit jer bukan pa pun..lama2 tak workout rs berat jer bdn ni..bkn sbb nak kawin ker,,nk kurus ker...bkn er.. kalu stakat nk cr calon suami..tak perlu kut kene wat benda2 camtu hohoho. ermm tiba2 hadir 2 org..yg menceriakan hari2..pd yg sama juga ada teman yg turut menceriakan hati. "kalu ko dh bukak form tender, jgn lupa kasi aku 1, aku nk isi jugak"...."aku kan aim ko"...xperlu nk carikan , kenal hati budi dulu, kalu dh berkenan ckp terus...erm..mcm2.. takut juga.. takut memberi harapan. sdgkan sudah sy highlightkan awl2 lg..ermm don want 2 promise anything..kalu dh jodoh tak kemana.
ada yang mengatakan jodoh perlu dicari..bukan dinanti. tp..bukanlah diri ini terlau desperate utk mencari. biarkan masa berlalu pegi. kdg2 org selalu marah, ko ni sai..memilih sgt kut.. ko ni terlalu menjg hati dier sgt..samapi hati sendiri tak terjaga..kut yer pun takkan susah sgt nk buka hati tue..
Yer, kdg2 saya mengakuinya..saya ini jenis yg bukan suka melayan lelaki2 yg sy tak kenal. kalu yg br nk kenal pun,,selalunya layn x lyn ( konon org kata jual mhl)sy juga bukan jenis perempuan yg akan memulakan dahulu huhuhuu ...salahkah begitu? saya mmg camtu..sesefriendly sy pun bertempat..sy tak nafikan kdg2 sy hanya byk mendgr dan mendiamkan diri..urmm..xsalahkan...
realitinya sy hanya menjadikan pegalamn lepas sbg pgjaran dlm hidup sy..seriously sy tak nak perkara yg sama,,yg agak menyakitkan berlaku lg dlm hidup sy..jd tak salah sy berhati2 kan..
sy rs memilih utk menjadi lebih baik dan mencari calon yg baik tidak salah..mmg sy tau "nobody is perfect" sy tau semua itu. lgpun hari2 sy muhasabah diri utk mgingtkn semua itu..
sy cuma mahu org yg betul trima sy seadanya.. menerima keluarga sy yg agak huha..yg solatnya cukup, boleh mgimamkan, boleh mendoakan, penyabar, sy percaya perempuan yg baik utk lelaki yg baik. ya mmg semua itu boleh belajar kelak. tp tak slh kalu kita mula belajar sekarang..sbb..sbb semua ini juga utk kehidupan selepas kawin juga.. saya mahu anak2 sy didik dgn baik,,di asuh ,,dan dibesarkan berlandaskan syariat agama..tinggi nya harapan saya kan?
bg sy tak slh,,,sbb bila ada impian kita pasti cuba utk mencapainya kan? kan? btul tak ni? x setuju? wateverla..sy tetap akan pendirian sy.....
jadi utk mneglakkan memikirkan semua ini...sy misti meyibukkan diri dgn pelbgai kerja / aktviti. kdg2 mghabiskan ms di sek & dgn student. kalu tak sibuk..buat2 bz..cari keje..bkn tunggu keje..pastu sy mula rs mapeh..mkn pun tak lalu..sbb sampai tak tau nk mkn apa. hua2 pdn muka saya. dan alhamdulillah even sy tidak mkn ns..sy msh mkn..cuma cara pengambilan jer yg berbeza.. xkisahlah org ckp apa.janji sy happy.
yg pasti sy perlu senaraikan..apa yg saya perlu ubah..
ermm cara jalanan saya?
cara dress-up saya ( hihi td bila P.D ckp.."cg, u have to wearing more ups, then u look more attractive") hahaha mcm2 kan..


p/s: ermm adakah esok sy perlu beli kasut baru? hahahhah

8.1.11

new year resolution,,

saya mahu berhijrah
saya mahu berubah
saya mahu baca buku byk
saya mahu mencari ilmu kerohanian
saya mahu dengar ceramah agama
saya mahu pergi belajar mengaji
saya mahu jadi org yg disayangi
saya mahu siapkan kerja sblm deadline
saya mahu tolong student saya
saya mahu buat yg terbaik semasa mengajar
saya mahu bersukan kembali
saya perlu kurangkan 3kg berat saya
saya perlu terapi diri saya
saya mahu pergi melancong
saya mahu jumper seseorang
saya mahu ada some1 yg terima sy seadanya
saya mahu bercakap jika perlu
saya tidak mahu lagi gossip
saya mahu diri dihindari fitnah dunia....
saya mahu cari amalan utk akhirat juga...

yg pasti,,
saya mahu gembira
saya mahu amalan saya diterimaNya

semoga Allah memberkati saya
Allah bantu saya
Allah tolong saya
Allah redha akan saya
dan,,Allah sayang saya,, (+_-)

5.1.11

JUsT open it!

ermm...hari ke 5 thn baru..iyer thn baru..mlm thn baru xberapa nyenyak disebabkan bunyi mercun sana sini..ermm sampai kt belakang umh pun ada,,,,

erp hari ke 5...tiba2 ada 1 perasaan,,perasaan yg kalu bley tidak mau rasa..ermmrs mau buang jauh2..
haish berjiwang lg.. thn baru tidak bley lg layan2 hati..tringat2 kembali...owh..takperlu sudah semua itu

thn ini perlu menahan perasaan itu..boleh kah?
buang yg keruh ambil yg jernih
lupakan yg dulu tgk yg depan ni..
jgn mkn yg pahit..cuba try yg manis..
yg berlalu biarkan berlalu...
xperlu dikenang2...benda takkan berulang..dan tak mahu diulang
hidup perlu diteruskan..
perlu berani
perlu tabah
perlu sabar
perlu yakin...
segala2nya akn berakhir
dgn.....

~~sayu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,